ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
  1. PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan membawa erti perihal mengurus dan mentadbir sesuatu yang berkaitan tanggungjawab dan selok-belok kerja.(Kamus Dewan:1529) Manakala grafik pula bererti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol danseumpamanya untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Selain itu juga, grafik adalah lukisan-lukisan pada susunan halaman dalam majalah (buku, surat khabar dan sebagainya). (Kamus Dewan: 413).





          Menurut Listrom (1994), grafik ialah ilustrasi dan gambar berupaya bercerita, menarik perhatian dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Beliau juga mengulas bahawa grafik boleh ditunjukkan menggunakan teknik carta, graf atau rajah dengan menyediakandimensi maklumat kepelbagaian secara visual.


          Rockley (1994), menyatakan bahawa grafik menunjukkan maklumat terperinci. Ia bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu. Dapatlah difahami bahawa pengurusan grafik membincangkan kaedah-kaedah atau perihal mengurus sesuatu kerja yangmelibatkan teknik mengolah, memaparkan, mencipta, mencetak dan menghasilkan imej ataulukisan (lukisan, gambar rajah, simbol dan seumpamanya) (Kamus Dewan: 413)


          Pengurusan grafik merupakan alat yang boleh membantu kita dalam mentadbir maklumat yang kita terima dan dapat diolah ke dalam bentuk visual yang lebih menarik. Ia merupakan suatu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus,meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea, pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan. Grafik merupakan sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau teknik komputer. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.


Jenis-jenis Pengurusan Grafik


1) Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.


§  Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan.
§ Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.


2) Pengurusan Grafik Membuat Kategori

Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.


3) Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan.


C Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.


C Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.



4) Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat.

       Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.




















5) Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian.

ª   Memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak. Bertujuanmengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan.


ª   Kemahiran ini boleh dilakukandengan cara pengurusan lisan atau pengurusan grafik.



















Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik dalam Proses  dan 
Pembelajaran


Jika pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini kerana melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek berikut akan dicapai.

1.   Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.

2.   Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.

3.   Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan.

4.   Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.

5.   Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.

6.   Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.

7.   Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran, pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitis dan krisis. Pengurusan grafik jenis ini digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.



Peta Minda

Apa itu peta minda?
  • Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
  • Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat
  • Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan
Jenis peta minda:
a. Peta minda jenis pokok
Image result for peta minda jenis pokok


b) Peta Minda Jenis Alir


Image result for peta minda jenis alir





c) Peta Jenis Kitaran


d) Peta Jenis Tulang Ikan



  • Pemetaan i-THINK

  • i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
  • Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran

Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
iThink circle map peta bulatan

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

iThink bubble map peta Buih


3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu


iThink Double bubble map peta Buih Berganda



4. Tree Map (Peta Pokok) 

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
iThink Tree map peta Pokok

5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.


iThink brace map peta dakap


6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
i-THINK Flow Map Peta Alir

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
i-THINK Bridge Map Peta Titi

Comments

Popular posts from this blog

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA