Posts

Image
ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA PENGURUSAN GRAFIK Pengurusan membawa erti perihal mengurus dan mentadbir sesuatu yang  berkaitan tanggungjawab dan selok-belok kerja.(Kamus Dewan:1529) Manakala grafik pula bererti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol dan seumpamanya untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Selain itu juga, grafik adalah lukisan-lukisan pada susunan halaman dalam majalah (buku, surat khabar dan sebagainya). (Kamus Dewan: 413).            Menurut Listrom (1994), grafik ialah ilustrasi dan gambar berupaya bercerita, menarik  perhatian dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Beliau juga mengulas bahawa  grafik boleh ditunjukkan menggunakan teknik carta, graf atau rajah dengan menyediakandimensi maklumat kepelbagaian secara visual.            Rockley (1994), menyatakan bahawa grafik menun...

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

Image
DEFINISI NOTA ✎  -  Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota juga merupakan satu seni. MENGAPA PERLU MEMBUAT NOTA❓ 1. Semasa membuat nota, pemikiran anda berkembang dan sel-sel neuron berhubung antara satu sama yang lain ini dapat meningkatkan daya pemikiran seseorang itu. 2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau dibaca. 3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.  4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan  5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari. 6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan  7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membe...
Image
ALAT - ALAT CoRT 1  CoRT adalah singkatan bagi perkataan” Cognitive Research Trust”. CoRT ini menggalakan individu untuk berfikiran luas. CoRT telah diperolehi oleh  Edward De Bono pada tahun 1969. Beliau mempunyai kelulusan Doktor Falsafah Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Beliau telah mencuba kaedah cort di sekolah-sekolah yang berada di Barat. Alat cort merupakan instrumen yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang dalam menghadapi situasi yang memerlukan jalan penyelesaian. Gambar di bawah menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam alat-alat CoRT 1 ini. 1.  KOMPONEN CoRT 1: PMI-Plus, Minus, Interesting Tujuan : Melatih untuk meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi, mengelakkan daripada beremosi dengan tujuan untuk mengembangkan idea. Berikut merupakan contoh penggunaan PMI dalam satu perbincangan antara guru dan pelajar. 2. KOMPONEN CoRT 1: CAF-Consider All Factors ...