KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA
DEFINISI NOTA ✎ - Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota juga merupakan satu seni. MENGAPA PERLU MEMBUAT NOTA❓ 1. Semasa membuat nota, pemikiran anda berkembang dan sel-sel neuron berhubung antara satu sama yang lain ini dapat meningkatkan daya pemikiran seseorang itu. 2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau dibaca. 3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa. 4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan 5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari. 6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan 7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membe...